Gerimis Rindu

so sweet cover buku ini..ouch!

Salam sayang kepada semua!..dan SELAMAT TAHUN BARU 2010!…

wah..ini nampaknya entri aku yang pertama untuk tahun 2010..dan…yang paling best nya…novel di sebelah ni pun di beli pada 010110 di kedai buku Popular Sunway Pyramid…

sebenarnya, hari yang sepatutnya Public Holiday untuk seluruh Malaysia sempena cuti Tahun Baru, aku kena keje lak..hangin jap… nasib baik jap je kena masuk kerja…pergh…

so kerana begitu sakit hati mengenangkan terpaksa kerja hi tu,,maka aku dengan penuh efisien nya, merasakan perlu untuk mengubat hati yang duka lara kerana terpaksa kerja dengan membeli sesuatu untuk diri sendiri..hehe..(nak tunggu orang lain belikan macam menunggu  buah yang tak tau bila akan gugur…ouch!)

tapi memang sebenarnya dah lama pun berkira-kira nak membeli sebuah novel..so pusing punya pusing kat dalam kedai buku tu, terus terpikat dengan novel bertajuk ‘ GERIMIS RINDU’ oleh Meen Zulaikha…

hmm..rasa nya baru pertama kali baca novel hasil tulisan penulis ini..tapi tak pe..i’ll give it a try..

lepas dah siap beli, maka aku dengan pantasnya terus gerak untuk pulang ke kampung halaman ku..mana lagi kalau bukan Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang…kebetulan semua ahli keluarga dah berkumpul kat situ…ini peluang yang tak boleh di lepaskan!..yeay!…

ok..ok…pasal novel ini..ok la bagi pandangan ku…jalan cerita agak lain dari yang lain…tapi nama watak hero cam tak berapa nak best..(ye la..selalu nye kalo dalam novel-novel lain…nama watak hero..pergh!..berbelit lidah nak menyebutnya..) tapi dalam cerita ni..nama nya sekadar Fatimi je…panggil pun Tim @ Timmy... agak tidak mengujakan di situ..tapi aku cam layankan je…pasal cerita best..cuma pemilihan nama watak je yang tak best sangat..(harap penulis buku tak baca komen aku ni…huhu…tapi best la buku nye..thumbs up!..)

so pada sesiapa yang masih lagi tercari-cari novel apa yang nak di beli..try la novel ni..kalau ikutkan senarai buku-buku terlaris oleh Popular..Gerimis Rindu is one of it la…

**pasal tu aku beli …hehe….

2 Comments (+add yours?)

  1. errol
    Jan 08, 2010 @ 12:45:18

    mcm best jek… try ko beli “rooftop rant”..novel malay… by sapa ntah.. lupa. hehe

    Reply

Leave a comment