Ketakutan = Illusi

Dalam hidup kita ini..kita sebenarnya banyak bermain dengan minda.

Samaada minda sedar atau di bawah sedar. Kadang-kadang tu minda seperti menghalang untuk kita melakukan sebarang perkara yang positif kerana diri kita sendiri yang membenarkannya.

Sebagai contoh, kalau dahulu di kala disuruh oleh ayah untuk mengambil lesen memandu, banyak betul persoalan yang bermain di minda. Sampai jadi tidak tidur malam jadinya. Ini semua permainan minda yang di cipta oleh kita sendiri.

Antara persoalan yang timbul :

a) Boleh ke aku bawak kereta ni? (Rasional : hello..tak belajar lagi bawak kereta..jangan la nak duk fikir boleh ke tak..)

b) Takut la dengan cikgu memandu..kot2 garang ke…huwaaaa (Rasional : kot garang pun, takde nya dia nak menyakitkan tubuh badan..setakat kene tahan telinga je pun dengan omelan beliau..)

c) Kot2 fail driving test ..tak lepas naik bukit..kereta mengundur balik..( Rasional : itu la yang nak kene masuk kelas memandu..belajar betul2..jangan asyik nak takut je..)

Tetapi bila dah memuktamadkan keputusan untuk masuk jugak kelas memandu..realitinya..tiada apa-apa pun..ketakutan yang diwar-warkan dalam minda itu..semua illusi sahaja…permainan minda..yang penting..letakkan semua usaha dan tenaga untuk menjayakannya..akhirnya dapatlah lesen P idaman..hehe…

Ha..itulah antara contoh yang saya katakan sebagai KETAKUTAN ITU SEBENARNYA ILLUSI SAHAJA..

Yang penting kita yang perlu ambil keputusan itu dan menjayakan nya dengan penuh usaha berterusan dan istiqamah…barulah dikatakan berjaya..

Janganlah menjadikan orang yang tak berjaya sebagai ikutan..sebaliknya jadikan orang yang berjaya itu sebagai idola..

Yang tidak berjaya tu..ada sebabnya dia tidak berjaya..jadi kenapa hendak diikut caranya itu..

Yang berjaya itulah yang perlu kita ikutkan semua cara-caranya..Samalah waktu di sekolah/uni dahulu..Kalau kita jadikan orang yang gagal dalam pelajaran sebagai idola kita..mestilah kita pun tak grad waktu konvo..betul tak?..

Jangan biarkan minda menguasai kita..sebaliknya kita yang perlu menguasai minda….

** Hidup ini penuh dengan cabaran bukannya masalah..kalau fikir macam ini..mesti hidup akan lebih enjoy!**