C I N T A K E P A L A B A T U

Salam semua…apa khabar ye?..

hmm…musim panas la skang..rasa tak tahan sangat..owh tapi tu semua dugaan dari-Nya..tak baik mengeluh..

kepala batu ni sape?..saya sedang bercinta dengan seseorang yang berkepala batu?..maka nye dia adalah hensem ke?..tapi dia berkepala batu..camne rupe nye?..

eh tetibe saya menjadi seorang yang misteri nusantara..hehe…ke saya bercinta ngan seorang insang yang berperangai kepala batu?..ataupun saya sendiri yang berkepala batu?..alamak takut la kalo berpacaran ngan insan berperangai berkepala batu..asik berperang je la setiap hari..dah sah-sah masing- masing tak nak menyerah kalah..tension jadinya,..

ke saya perlu rungkai kan apakah makna di sebalik “CINTA KEPALA BATU”..

hoho..budget seorang selebriti yang mana semua pun berebut nak tau gosip terhangat…sila perasantan sendiri-sendiri,.tapi rupe – rupenye…tadaaaaa….

takde ape pun..hehe..cuma tadi baru je lepas abis baca novel yang bertajuk “CINTA KEPALA BATU”..aduh mak..agak kelakar gak tajuk nye tapi mintak maaf ye..sebelum nak gelak guling-guling…harap maklum ek..novel ni top best seller (sumber dari MPH Midvalley)…

so nampak gaya nya entri kali ni masih lagi nak mengekalkan entri review buku..wajib sekarang dalam misi nak mengembalikan semula hobi lama ku yang dah lame tertinggal ni…mahu di baja -baja dan di pupuk – pupuk kembali…

tapi buku ni boleh tahan la best nya…saya bagi 3/5 bintang..ok?

intipati cerita maseh lagi mengekalkan tema cinta…tapi kali ni ada elemen wasiat…early chapter macam agak membosankan tapi dah di tengah-tengah, ha baru datang thrill nya..mula kat sini rase dah tak sabar nak tahu penghujung cerita…

hmm….walaupun belum kawin..macam merisau pasal kebanyakan cerita yang di baca dalam novel..sume kebanyakkan nya pasal communication breakdown..adoii laa…sila la diri sendiri amik pengajaran..nanti dah kawin..pokok pangkalnya kene banyak bawak berbincang dan jgn nak buat tuduhan melulu..baru la rukun dan damai sesebuah perkahwinan itu..hamboiii…haha…

Mari baca sipnopsis buku :

suka theme color untuk cover buku ni..**PINK**sweet sangat!

PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya… cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan… dan ketentuan…

Best tak sipnopsis cerita ni?..lagi best kalo korang sume pun baca sekali full satu buku..leh berkenalan ngan Adam, Syaira, Nicky, Nadia dan watak-watak lain..

Sebagai penutup..saya memang rekemen anda semua baca buku ni..(btw..kenapa saya ala-ala bahasa teratur kali ni..hmmm..layan kan aje…)

Cinta Untukmu

Salam Semua..Ha kali ni macam rajin lak nak buat review buku..

Bukan apa..skang ni tengah nak pupuk balik hobi membaca yang dah lama di tinggalkan..

Bukan tinggalkan pasal apa..cuma pasal sibuk je..Tapi bila di fikirkan semula..Sampai bila pun sibuknya..yang pastinya..Rindu gila kat hobi ku yang satu ni..

So last Sunday di habiskan dengan membaca buku cerita oleh Siti Nur Dhuha..(walaupun penulis baru dan saya tak pernah dengar lagi pasal penulis ni..tapi cuba jugak baca pasal macam biasa la…di rekemenkan oleh MPH Top Best Seller..buku ni no berapa ek ranking hari tu..tapi Top 10 la..)

Tapi memang betul la seperti yang di war-warkan..memang best la cite ni..apa lagi saya macam biasa…menghadap nya seharian..sila lupakan dunia luar..haha..memang addicted tuk melekat membaca…

Sangat menarik jalan cerita nya..ala2..pengorbanan cinta sejati..cinta ada depan mata tapi tak nampak..macam tu la lebih kurang..

Comel tak cover buku ni?..macam secomel cover buku kau dan aku...sweet..

Jom baca sipnopsis cerita..:

 
 
Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.

Tiara yang  turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.

Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.

Keseluruhannya..boleh di katakan cerita ni penuh dengan hasad dengki yang orang kata…sekam dalam api..ha..lebih kurang tu la peribahasa dia..

Macam tak sangka..kengkawan yang kita sayang dan percaya sejak kecil rupanya adalah kawan makan kawan hanya pasal cemburu kan ramai lelaki minat kat kawan yang seorang lagi tu..(korang faham tak ayat ni?..saya macam cuba mengringkaskan intipati cerita..agak berjaya tak?..hehe)

So apa lagi..jom la baca buku ni reramai..

Tak salah kan beli barangan Buatan Malaysia..chewaah!…

Hehe..

Selamat Tahun Baru Cina!…

HTAA

Salam Semua…

Rasenya dah agak lame tak update blog ni..

Bukan apa…ayah saya jatuh sakit..

So last week..masa di habiskan dengan menjaga ayah di hospital di Kuantan…

Memang cuak gila bila mak telefon cakap pasal ayah sakit..

Terus bercucuran air mata ni…Risau sesangat…

Tapi Alhamdulillah tiada apa yang teruk berlaku..

Lama juga jaga ayah di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan..

Takpe la..masa ni la kita nak membalas balik jasa ayah yang dah banyak berkorban..

Sesekali bagi masa lebih sikit kepada keluarga..apa salahnya….(lagipun yang best nya..dapat cuti dari kerja.hoho…)

Tapi sekarang ayah boleh lah dikatakan ok..Doktor bagi balik rumah hari Sabtu 6 Feb 2010..Lega rasanya…Tapi doktor banyak bagi nasihat la…Supaya jaga kesihatan elok-elok…So kepada abah..dengar lah cakap doktor ni..hehe…

Anyway nak ucapkan terima kasih sesangat kepada :

a) Doktor-doktor HTAA terutama Dr Shafiq..(sangat membantu dalam memberi penerangan tentang keadaan ayah kepada saya dan mak..ye lah..kami ni mana lah tau pasal biologi badan manusia..)

b) Jururawat HTAA – Jururawat pelatih sangat menceriakan keadaan…thanks ek adik2….jasa kamu sangat dihargai…

c) Saudara Mara dan Kawan-Kawan yang tak jemu2 beri dorongan dan semangat kepada kami sekeluarga

Sayonara HTAA…semoga ayah akan sentiasa sihat sejahtera..Amin..