Tabiat Buruk Waktu Memandu

Salam semua..
sejuk tak skang?..sejuk kan..aduh la…tido malam skang ni selesa yang amat..sampai nak bangun g keje pun malas…dapat lak kalo pagi tu hujan..pergh..memang nak tarik je balik selimut tu tapi nye..mari kene pegi keje…

tadi waktu driving balik dari keje…singgah jap beli jambu batu yang rega rm1 tu…dan seperti bese..dengan perangai tak semegah aku tu..mari bawak kete sambil makan jambu..

tak ke bagi korang benda ni bahaya untuk di lakukan..tapi aku macam sangat tak sabar nak makan…n dah banyak kali pun macam tu…singgah kat petronas,beli pringles..pastu mari terus makan sambil sebelah tangan pegang stereng keta..n sebelah tangan lagi suap makanan kat mulut…memang bahaya wey..tapi aku suke wat camtu..muahahaha…

lagi pun, skang ni ade kempen kat HOT Fm pasal antara tabiat buruk semasa memandu adalah sikap sesetengah wanita / lelaki yang suke duk belek2 muka kat cermin pandang belakang waktu kat trafik lite…dushhhhh…bile dengar je kempen tu kuar kat radio..aku macam ok..kaedahnye aku le yang sesetengah wanita tu..hehe…bukan pe..bahaya gak ni tau..because out of sudden takut korang terhentam kete depan…mane le tau..

macam sila banyak je kot tabiat buruk aku waktu memandu..sila takut…

“KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Kaji selidik Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (Mufors) mendapati tabiat mengekori kenderaan hadapan pada jarak yang amat dekat serta tidak menggunakan lampu isyarat pada kenderaan merupakan dua tabiat buruk kalangan pemandu kenderaan di Malaysia yang amat meyakitkan hati ramai.

Menurutnya berdasarkan kaji selidik online yang membabitkan 1,000 peserta, sebanyak 11.2 peratus (112 peserta) merasakan tindakan mengekori kenderaan pada jarak dekat, termasuk ‘mendesak’ kenderaan di hadapan itu supaya memberi laluan, merupakan tabiat buruk yang amat meyakitkan hati mereka.

“Sementara itu sebanyak 11.2 peratus (112 peserta) lagi merasa amat berang dengan pemandu-pemandu yang tidak memberi isyarat menggunakan lampu ‘signal’ semasa mereka seharusnya berbuat demikian dalam keadaan tertentu ketika memandu,” kata Pengerusi Mufors Noorizah Abdul Hamid, yang juga Pengarah Urusan Plus Expressways Bhd dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata sembilan peratus daripada peserta kaji selidik itu pula merasakan aksi Mat Rempit amat meyakitkan hati, manakala 8.8 peratus lagi marahkan mereka yang memandu perlahan di lorong kanan jalan.

“Terdapat 15 lagi tabiat buruk yang disenaraikan dalam kaji selidik itu, yang termasuk tidak mematuhi lampu isyarat jalan, memandu laju, memandu di laluan kecemasan, membuat pusingan-U di tempat yang tidak dibenarkan, melintas jalan sesuka hati, meletak kenderaan sesuka hati, dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” katanya. “

ni petikan aku dapat dari http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa-2009/68618-mufors-rumus-tabiat-tabiat-buruk-pemandu-msia.html

hoho….dan satu lagi..aku memang amat gemar sekali menggunakan tepon bimbit di kala memandu…adoi la..memang tak selamat sape yang naik kete ngan aku..hehe….

Hasil nye….

Salam semua…well22….weekends is here!…

but hopefully esok g keje jgn le banyak ngat benda yang urgent sampai aku kene stay…

pasal esok dah plan nak jumpe Nisa n Intan!…

btw..just nak inform apa kah hasilan pertama dari duit tepi…

sangat beli novel tajuk “Biarlah YM Bicara” by Hanni Ramsul..

sangat top seller. …n sangat best novel ni!…

sebenarnye buku ni dah lame kuar cume aku je yang baru terhegeh2 g beli..btw..memang best novel ni..sila g ke kedai buku berhampiran ye untuk membeli…hehe…

**pendek je entri kali ni pasal mate dah ngantuk..malam semalam struggle nak habiskan gak novel ini..hehe…

Ke TepiKan Sikit….

Salam semua..ape khabar? sonok kan hari ni?pasal dah hari rabu..hehe…

hujung minggu ni macam agak bz gak untuk aku..pasal nye 2 of my old frens are coming to town ~ Nisa N Intan..so kene le g jumpe diorang..rindu bangat!..hehe…

so ape yang nak di ketepi kan tu?..haha…bukan ape..dapat idea nak tulis ni..pasal last 2 weeks…aku ader baca majalah Mastika bulan Dec..yang paling baru..n then came across ader 1 artikel ni…memang tersedar dari mimpi pas baca¬† artikel ni..aku la..mungkin org len dah tau kot tips ni..aku je yang slow..hehe…

dalam artikel tu..penulis advise kite untuk sentiasa tepi kan skit rezeki kite untuk hari mendatang..ontoh nye..kata kan setiap hari kita tepi kan skit duit belanja kite sebanyak rm1 sehari..so kalo tiap2 hari buat secara patuh..tak ke hujung bulan kita dah saving rm30?..ha..ni la yang di katakan ketepi kan skit duit kita..macam aku..dengan rm30 tu..pergh..agak banyak la gak yang boleh di beli..ape lagi..novel leh dapat 2 buah..baju lak..kurang2 sehelai leh dapat..duit minyak pun boleh..

maksud nye kite nyimpan for the rainy days…so untuk permulaan tak salah kita mula ngan rm1..nanti lelame naik kan lagi skit..naik lagi..dan lagi..dan lagi…sedar2 dah boleh beli beg Coach lak pulak…(sangat sedang aim..)hehe…

tu yang aku nak share ni..tapi nye..rase nye aku je kot yang baru tau pasal benda ni kot..baru tersedra..kalo tak memboros je kan keje nye…so pasni..belajar2 la ke tepi kan duit tu..ni pun dah tak sabar nak gune kan duit yang telah berjaya di ketepi kan…rase sangat teruja walaupun bape ringgit je…

n aku rase after this..i am so looking forward to end of the month..cam excited lak pasal ade duit yang menunggu..yeaahhaaahha….