Cinta Untukmu

•February 9, 2010 • Leave a Comment

Salam Semua..Ha kali ni macam rajin lak nak buat review buku..

Bukan apa..skang ni tengah nak pupuk balik hobi membaca yang dah lama di tinggalkan..

Bukan tinggalkan pasal apa..cuma pasal sibuk je..Tapi bila di fikirkan semula..Sampai bila pun sibuknya..yang pastinya..Rindu gila kat hobi ku yang satu ni..

So last Sunday di habiskan dengan membaca buku cerita oleh Siti Nur Dhuha..(walaupun penulis baru dan saya tak pernah dengar lagi pasal penulis ni..tapi cuba jugak baca pasal macam biasa la…di rekemenkan oleh MPH Top Best Seller..buku ni no berapa ek ranking hari tu..tapi Top 10 la..)

Tapi memang betul la seperti yang di war-warkan..memang best la cite ni..apa lagi saya macam biasa…menghadap nya seharian..sila lupakan dunia luar..haha..memang addicted tuk melekat membaca…

Sangat menarik jalan cerita nya..ala2..pengorbanan cinta sejati..cinta ada depan mata tapi tak nampak..macam tu la lebih kurang..

Comel tak cover buku ni?..macam secomel cover buku kau dan aku...sweet..

Jom baca sipnopsis cerita..:

 
 
Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.

Tiara yang  turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.

Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.

Keseluruhannya..boleh di katakan cerita ni penuh dengan hasad dengki yang orang kata…sekam dalam api..ha..lebih kurang tu la peribahasa dia..

Macam tak sangka..kengkawan yang kita sayang dan percaya sejak kecil rupanya adalah kawan makan kawan hanya pasal cemburu kan ramai lelaki minat kat kawan yang seorang lagi tu..(korang faham tak ayat ni?..saya macam cuba mengringkaskan intipati cerita..agak berjaya tak?..hehe)

So apa lagi..jom la baca buku ni reramai..

Tak salah kan beli barangan Buatan Malaysia..chewaah!…

Hehe..

Selamat Tahun Baru Cina!…

HTAA

•February 9, 2010 • Leave a Comment

Salam Semua…

Rasenya dah agak lame tak update blog ni..

Bukan apa…ayah saya jatuh sakit..

So last week..masa di habiskan dengan menjaga ayah di hospital di Kuantan…

Memang cuak gila bila mak telefon cakap pasal ayah sakit..

Terus bercucuran air mata ni…Risau sesangat…

Tapi Alhamdulillah tiada apa yang teruk berlaku..

Lama juga jaga ayah di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan..

Takpe la..masa ni la kita nak membalas balik jasa ayah yang dah banyak berkorban..

Sesekali bagi masa lebih sikit kepada keluarga..apa salahnya….(lagipun yang best nya..dapat cuti dari kerja.hoho…)

Tapi sekarang ayah boleh lah dikatakan ok..Doktor bagi balik rumah hari Sabtu 6 Feb 2010..Lega rasanya…Tapi doktor banyak bagi nasihat la…Supaya jaga kesihatan elok-elok…So kepada abah..dengar lah cakap doktor ni..hehe…

Anyway nak ucapkan terima kasih sesangat kepada :

a) Doktor-doktor HTAA terutama Dr Shafiq..(sangat membantu dalam memberi penerangan tentang keadaan ayah kepada saya dan mak..ye lah..kami ni mana lah tau pasal biologi badan manusia..)

b) Jururawat HTAA – Jururawat pelatih sangat menceriakan keadaan…thanks ek adik2….jasa kamu sangat dihargai…

c) Saudara Mara dan Kawan-Kawan yang tak jemu2 beri dorongan dan semangat kepada kami sekeluarga

Sayonara HTAA…semoga ayah akan sentiasa sihat sejahtera..Amin..

Ketakutan = Illusi

•January 31, 2010 • Leave a Comment

Dalam hidup kita ini..kita sebenarnya banyak bermain dengan minda.

Samaada minda sedar atau di bawah sedar. Kadang-kadang tu minda seperti menghalang untuk kita melakukan sebarang perkara yang positif kerana diri kita sendiri yang membenarkannya.

Sebagai contoh, kalau dahulu di kala disuruh oleh ayah untuk mengambil lesen memandu, banyak betul persoalan yang bermain di minda. Sampai jadi tidak tidur malam jadinya. Ini semua permainan minda yang di cipta oleh kita sendiri.

Antara persoalan yang timbul :

a) Boleh ke aku bawak kereta ni? (Rasional : hello..tak belajar lagi bawak kereta..jangan la nak duk fikir boleh ke tak..)

b) Takut la dengan cikgu memandu..kot2 garang ke…huwaaaa (Rasional : kot garang pun, takde nya dia nak menyakitkan tubuh badan..setakat kene tahan telinga je pun dengan omelan beliau..)

c) Kot2 fail driving test ..tak lepas naik bukit..kereta mengundur balik..( Rasional : itu la yang nak kene masuk kelas memandu..belajar betul2..jangan asyik nak takut je..)

Tetapi bila dah memuktamadkan keputusan untuk masuk jugak kelas memandu..realitinya..tiada apa-apa pun..ketakutan yang diwar-warkan dalam minda itu..semua illusi sahaja…permainan minda..yang penting..letakkan semua usaha dan tenaga untuk menjayakannya..akhirnya dapatlah lesen P idaman..hehe…

Ha..itulah antara contoh yang saya katakan sebagai KETAKUTAN ITU SEBENARNYA ILLUSI SAHAJA..

Yang penting kita yang perlu ambil keputusan itu dan menjayakan nya dengan penuh usaha berterusan dan istiqamah…barulah dikatakan berjaya..

Janganlah menjadikan orang yang tak berjaya sebagai ikutan..sebaliknya jadikan orang yang berjaya itu sebagai idola..

Yang tidak berjaya tu..ada sebabnya dia tidak berjaya..jadi kenapa hendak diikut caranya itu..

Yang berjaya itulah yang perlu kita ikutkan semua cara-caranya..Samalah waktu di sekolah/uni dahulu..Kalau kita jadikan orang yang gagal dalam pelajaran sebagai idola kita..mestilah kita pun tak grad waktu konvo..betul tak?..

Jangan biarkan minda menguasai kita..sebaliknya kita yang perlu menguasai minda….

** Hidup ini penuh dengan cabaran bukannya masalah..kalau fikir macam ini..mesti hidup akan lebih enjoy!**

SANG MANTAN

•January 25, 2010 • Leave a Comment

dulu aku kau puja
dulu aku kau sayang
dulu aku sang juara
yang selalu engkau cinta
kini roda telah berputar

kini aku kau hina
kini aku kau buang
jauh dari hidupmu
kini aku sengsara
roda memang telah berputar

mana janji manismu

mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri

akulah sang mantan
akulah sang mantan

sakit teriris sepi
ketika cinta telah pergi

akulah sang mantan
akulah sang mantan

mana janji manismu
setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi
saat ku jatuh dan sendiri

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri

akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan

mana janji-janjimu

H O P E

•January 24, 2010 • Leave a Comment
  1. Never talk defeat. Use words like hope, belief, faith, victory
  2. Practice hope. As hopefulness becomes a habit, you can achieve a permanently happy spirit.
  3. Hope is a waking dream.
  4. Hope is always available to us. When we feel defeated, we need only take a deep breath and say, “Yes,” and hope will reappear.
  5. True hope dwells on the possible, even when life seems to be a plot written by someone who wants to see how much adversity we can overcome.True hope responds to the real world, to real life; it is an active effort.
  6. We live by admiration, hope and love.
  7. Faith and love are apt to be spasmodic in the best minds. Men live on the brink of mysteries and harmonies into which they never enter, and with their hands on the door-latch they die outside.
  8. We judge of man’s wisdom by his hope.
  9. Wise men put their trust in ideas and not in circumstances.
  10. We are convinced that happiness is never to be found, and each believes it is possessed by others, to keep alive the hope of obtaining it for himself.

H.O.P.E ~ tapi jgn hanya berharap tanpa melakukan ape2 tindakan...

**setiap angan-angan dan harapan perlu di sertai dengan tindakan ~ kalo tak jadilah kita seperti Mat Jenin sahaja….**

Pengintip Di Sebelah Rumah

•January 17, 2010 • Leave a Comment

Salam hujung minggu kepada semua!…

So macam mane dengan hujung minggu kawan2..?…membosankan?..ala kesian nya…hehe….tapi harap2 tak membosankan la ek…because we need to live our life to the fullest!…

Ha..nak tau tak ape yang saya buat untuk hujung minggu ni?..

Ape?…?..jadi pengintip untuk rumah sebelah?..

Eh mane ade la..itu kegiatan tak bermoral tu…haha…

Sebenarnye..saya pergi tengok wayang cerita “The Spy Next Door“…

l

Pengintip Di Sebelah Rumah

Hmm…overall this movie quite ok ...3 / 5 stars…

Pelakon utama nya tak lain tak bukan..the famous Jackie Chan la…

But for this movie..it is quite interesting to see a different character of our Jackie Chan…some sort of baby sitter he become in this movie…

Tapi rasenye macam lebih kurang ade satu movie dia tu..ala yang dulu tu yang ade baby sorang tu….tapi dalam cite terbaru beliau ni..ade lebih ramai bebudak yang dia nak kene handle.n.

Bur still action packed n hilarious!…sangat kelakar cite ni…

Terkekeh-kekeh saya dan Bib bergelak ketawa..sampai tak abis pop corn..hehe…

Kesimpulannya…memang di suggest la untuk kawan-kawan sume pergi menonton…bawak anak-anak pergi sekali pun ok…ade sorang Chinese boy yang duduk sebelah kami dalam movie hall…adalah sangat tergelak besar sepanjang movie…hahahaha…so mari-mari pergi tengok…

Meh tengok sedikit gambar-gambar daripada filem terbabit…

Aksi gerun yang kacang putih je bagi si Jackie ni nak buat...

2 orang budak degil bersama instant baby sitter

eh...ade princess ke dalam cite ni?...tu yang korang kene tengok untuk tau jawapan nye...jeng..jeng...

**..huhu..saya menaip entri ini sambil berperang ngan anak buah yang sibuk jugak mau menaip kekunci laptop…sila bersabar…huhu…

Drama King!

•January 15, 2010 • Leave a Comment

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

**berhati-hati kawan-kawan perempuan ku dengan lelaki Drama King!…

Suria Caldina

•January 15, 2010 • Leave a Comment

Salam Semua…

So far macam mana dengan permulaan bulan pertama tahun baru 2010?..

Dah bertindak ke untuk azam tahun ni tercapai?..harap2 sudah la ye…hehe…ada bakat jadi pakar motivasi rupenya saya ni…chewah!…

Ha?..ape?…konfius ngan tajuk entri?…hehe….apakah itu?…

Jeng…jeng….

Takde la..lately rase cam obsessed skit dengan kereta Toyota Caldina warna putih..pergh!..rase cam sangat elegan dan kalo nampak je kereta idaman ni lalu tepi kereta ku yang kale ijau tu…seperti dah dapat membayangkan kala diriku ini membawa nya..wah!..mengidam sungguh!…

Korang dah penah tengok keta Caldina?..

Tengok la tranformasi di bawah :

ye..inilah kereta ijau yang banyak berjasa kepada diriku ini..menarik kan kale nye..secomel tuan yang membawa nye..harap maklum..

bertukar menjadi :

wah!..inilah dia kereta yang berjaya di transformkan..sangat menarik kereta ni..membuatkan ku tertarik..pergh!

Dan Sebenarnya…(sangat tajuk lagu Yuna )..saya tetiba jatuh chenta dengan kereta Caldina ni kerana nama nya…then bila tengok lak kereta nya..pergh..amazing..(ni kot words yang dapat describe kereta idaman ku ni..)

So kepada diri sendiri..sila la mulakan langkah-langkah yang sepatutnya :

a) Mulakan dengan angan-angan…bayangkan seorang Mazwana memandu kereta Caldina..hmm…

b) Tetapkan masa untuk mendapatkan nya…mari target bulan 7 ni..boleh?..

c) Teruskan gerak kaki, jalankan minda-minda, bertindak pantas mengikut perancangan…

d) Usaha..usaha..usaha..usaha…usaha..usaha…usaha..usaha….

e) Istiqamah

f) Tawakal…InsyaAllah..

** Kengkawan tak nak bayangkan ke saya drive kereta ni nanti?..hehe…

Bahasa jiwa Bangsa…

•January 8, 2010 • 3 Comments

Salam to semua….hmmm rase macam banyak sangat benda yang nak di ceritakan…sambil tengah drive pun masih lagi duk pikir2 apakah yang nak di corat coret kan..

tapi kan…rase tak sabar nak kongsi ngan sume kenangan2 di UKM..

memang best sangat..tapi yang nak di ceritakan ni memang sangat mengujakan..

hehe…ala..korang dulu waktu skolah2 dulu..penah tak cam terwujud perkataan/frasa yang kelakar?..ala2 boleh jadi trademark la…

Contoh nye :

Zaida : Wana, apa kah kaedah nye kite nak ke Warta Bangi nanti?

Wana : emmm..aku pun tak pasti le Cik Zaidap…tapi aku rase kite macam wajib kene pinjam motor sesape untuk di rempitkan nanti..ke?

Zaida : aku pun berperasaan begitu la Awan

Contoh :

Wana : Zaid, dah kenape ko ni macam cacing kepanasan ni?

Zaid : Harus aku sedang isnap ngan seseorang..ke?

Wana : La…kaedahnye sila la berkongsi cerita ngan aku..ke?..

Zaid : Dah kenape aku nak share2 cerita ngan ko?..

Wana : Tibe! Asal ko kekwat lak ni…? Mesti sedang datang bulan ni..ke?

Zaid : Eh,sini ko!…eching2! Hangin jap aku!

Wana : Hahahahaahahaaha

Dialog2 di atas adalah contoh2 perbualan harian yang sentiasa dan maseh di gunapakai oleh kengkawan aku sume sampai le ke sekarang..haha…

kalo dengar secara ‘live’..lagi terserlah kekelakaran nya..huahuahuahuahau….

** rase sangat teruja n terharu pasal Zaida/Zeda/Zaidap call tadi around 6 pm…hehe…baru teringat yang rase nye kami2 semua last berjumpa di kala Puan Salwa kawin..huhu..rindu kat semua!…**

Gerimis Rindu

•January 4, 2010 • 2 Comments

so sweet cover buku ini..ouch!

Salam sayang kepada semua!..dan SELAMAT TAHUN BARU 2010!…

wah..ini nampaknya entri aku yang pertama untuk tahun 2010..dan…yang paling best nya…novel di sebelah ni pun di beli pada 010110 di kedai buku Popular Sunway Pyramid…

sebenarnya, hari yang sepatutnya Public Holiday untuk seluruh Malaysia sempena cuti Tahun Baru, aku kena keje lak..hangin jap… nasib baik jap je kena masuk kerja…pergh…

so kerana begitu sakit hati mengenangkan terpaksa kerja hi tu,,maka aku dengan penuh efisien nya, merasakan perlu untuk mengubat hati yang duka lara kerana terpaksa kerja dengan membeli sesuatu untuk diri sendiri..hehe..(nak tunggu orang lain belikan macam menunggu  buah yang tak tau bila akan gugur…ouch!)

tapi memang sebenarnya dah lama pun berkira-kira nak membeli sebuah novel..so pusing punya pusing kat dalam kedai buku tu, terus terpikat dengan novel bertajuk ‘ GERIMIS RINDU’ oleh Meen Zulaikha…

hmm..rasa nya baru pertama kali baca novel hasil tulisan penulis ini..tapi tak pe..i’ll give it a try..

lepas dah siap beli, maka aku dengan pantasnya terus gerak untuk pulang ke kampung halaman ku..mana lagi kalau bukan Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang…kebetulan semua ahli keluarga dah berkumpul kat situ…ini peluang yang tak boleh di lepaskan!..yeay!…

ok..ok…pasal novel ini..ok la bagi pandangan ku…jalan cerita agak lain dari yang lain…tapi nama watak hero cam tak berapa nak best..(ye la..selalu nye kalo dalam novel-novel lain…nama watak hero..pergh!..berbelit lidah nak menyebutnya..) tapi dalam cerita ni..nama nya sekadar Fatimi je…panggil pun Tim @ Timmy... agak tidak mengujakan di situ..tapi aku cam layankan je…pasal cerita best..cuma pemilihan nama watak je yang tak best sangat..(harap penulis buku tak baca komen aku ni…huhu…tapi best la buku nye..thumbs up!..)

so pada sesiapa yang masih lagi tercari-cari novel apa yang nak di beli..try la novel ni..kalau ikutkan senarai buku-buku terlaris oleh Popular..Gerimis Rindu is one of it la…

**pasal tu aku beli …hehe….